Saturday 25 December 2010

Filem yang menarik untuk ditonton

Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Terus terang lagi bersuluh, saya bukanlah kaki wayang tegar yang akan tengok setiap filem yang orang bikin tu. Ataupun paling-paling tidak pergi panggung wayang setahun dua tiga kali, oh itu memang bukan iznie! Sejujur dan setulus hati menulis, iznie memang tak pernah jejak kaki pun kat tempat tu. Hee… bukan mengharamkan kaki pijak tempat tu, tapi nak habaq mai laa, cheq memang tak berpeluang nak pi atas sebab-sebab tertentu. Mungkin suatu hari nanti kut. =) . Tapi saya tengok banyaak la juga filem-filem ni, walaupun cerita tak syok pun…normal la tu kan sebagai manusia biasa abad 21. LOL

(Introduction kena bagi cukup satu perenggan.)


TAARE ZAMEEN PAR 
(LIKE STARS ON EARTH)


Dah tengok movie ni? Yep, you are right bebeh, ini sebuah filem hindustan and of course filem sedih versi tangkap leleh, tapi… bukanlah kisah cinta dua insan yang terhalang kerana darjat mahupun orang ketiga, keempat mahupun kelima.
Filem ni dah lama, diterbitkan sejak tahun 2007 tapi saya baru je tengok minggu lepas.
Filem yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak, Ishaan, berusia lingkungan 8-9 tahun, yang menghidap  disleksia iaitu sejenis masalah pembelajaran (bukan penyakit ok) . walau bagaimanapun, hal ini tidak disedari oleh kedua ibu bapanya mahupun guru-gurunya yang menganggap dia sama seperti kanak-kanak yang lain. Dia menjadi murung akibat dari itu. Kehidupannya akhirnya berubah setelah hadirnya seorang guru yang begitu memahami situasinya sebagai seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Filem yang sangat menyentuh perasaan dan sangat wajib ditonton oleh para ibu bapa dan guru dalam  memahami telatah anak-anak disleksia. 
Pernah memenangi  Filmfare’s Best Film Award pada tahun 2008 dan National Film Award for Best Film on Family Welfare dan pada tahun 2009 pula, Academy Awards Best Foreign Film India.

Rating saya :


Best dowh... tak rugi kau tengok. Wa cakap sama lu der.
p/s : ada Aamir Khan…tak nak ke tengok?  Comel je dia dalam ni. Heh heh hek… (suka tengok watak beliau dalam Ghajini dan 3 Idiots)


LASKAR PELANGI


Filem ni salah satu filem berkualiti buatan Indonesia . Menarik. Kisah tentang kehidupan dan sangat mendidik jiwa. Bagaimana mereka belajar menjadi dewasa, belajar dari kemiskinan dan kesukaran hidup. Sangatlah digalakkan kepada anak-anak  miskin dari luar bandar khususnya yang beranggapan mereka tidak boleh maju dan berjaya. 
Filem ini juga pernah mendapat pelbagai anugerah dari dalam mahupun luar negara.

Rating saya :   


CHILDREN OF HEAVEN

Filem dari Iran ni merupakan salah satu filem wajib tonton.Sangat simple jalan ceritanya namun sangat menyentuh hati. Kisah tentang kanak-kanak yang kehilangan kasut dan berusaha mendapatkan semula kasut dengan cara sendiri kerana keadaan keluarganya yang miskin.
Filem yang diterbitkan pada Februari 1997 ini merupakan filem Iran pertama memenangi Academy Award for Best Foreign Language Film pada tahun 1998 dan mula dikenali ramai sejak tahun 1999, 2000 dan 2001 selepas memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.
Rasanya cerita ni ramai yang dah tengok kan. Saya sendiri pun dah tengok dua kali (kalau tak silap). Pertama kali, saya tonton masa sekolah rendah kut, dan kali kedua masa sekolah menengah. Insya-Allah mungkin akan ulang lagi cerita ni, sebab dah ingat-ingat lupa je cerita ni. :’)

Rating saya :


******************


Oh, ya! Semua di atas ni filem kehidupan  kanak-kanak yang realitinya kekadang kita lupa dan tak sedar. Filem-filem yang menjanjikan elemen kemanusiaaan sebagai hiburan dan tak rugi tengok. Selamat menonton!
Ada siapa-siapa yang nak syorkan filem untuk saya? Dialu-alukan.


Current status : dalam proses nak tengok movies, colour of paradise (Iran), Slumdog Milionaire (India) dan Sang Pemimpi (sambungan Laskar Pelangi)

8 comments:

@mi_RuL said...

owh..crita2 kt ats 2 sme wayang kew apa???law wayang nk tngk la...nmpk syok jew...

Wahidah said...

laskar pelangi tu tk tgk lagi..la ne ngah giler layan korean movies..:)

sugar2 kapas strawberry said...

versi tangkap leleh ni best tgk sorg2..kekekke.bru feel

NICK IRFAN said...

mne u pegi? i lama x nmpk? hehehehhehe

NICK IRFAN said...

cte hindustan tu dah tgk!!! mmg kretif cte tu sbb lain dr yg lain yg lagi 2 xthu xpnh tgk plak? hehe

amal_fc1303 said...

sume rating filem nie awk letak 5star msti best sgt tu.

Iznie said...

This post has been removed by the author.

Iznie said...

amirul : haha...mirul, tue citer lama la...mne ada kat wayang dah skunk ni... :P


wahidah : hehe...iznie pun ske...tp prefer dorang pnye drama dri movies la.... :P


sugar2 kapas strawberry : haha..betul2...kalau tgk ramai2 benda sedih pun jd lawak..nk nanges pun jd ketawa....hohoho :D


nick irfan : yeke? best kan citer tu...ske2...sedih tgk ishaan... haha, rasa janggal plak ko cakap i-u ni....aku reti cakap "aku-ko" jer ngan ko...hehe.


amal_fc1303 : a'ah...citer tu mmg best...sbb tu nak share dgn org lain juga... :D

Post a Comment