Sunday 1 January 2012

 Dapat hadiah dari Google Sempena 2012

Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Yeayhh!~
Saya dapat hadiah yang tak dapat dilupakan daripada Google sempena 1 Januari 2012.

Oh, bahagianya. 

*Banggabanggabangga*



Hadiahnya berupa...





.............................







Blog saya kena removed. 

Diulang sekali lagi, 

REMOVED / DELETED !


Cuak...
Pernah dengar ramai blogger lain yang kena, tak sangka la pula last-last diri sendiri pun dah terkena.
Maklum la, dunia blog ni dah sebati dengan hidup. Dari 2008 lagi start tulis diari dalam blog. (Blog privasi)

Memang lawak kasaq la pak cik google buat kali ni.
Huhu.. :'(

Alhamdulillah, nasib baik  la boleh buka balik selepas try reset password.
Terima kasih buat blog-blog yang pernah terkena. Lepas baca, jiwa rasa tenteram sikit. Alhamdulillah.



(p/s : Tulis macam ni, agak-agak kena deleted sekali lagi tak blog ni? -.-")


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


2012

Semoga 2012 membuka jalan baru dalam mengejar impian menjadi realiti. 
Beranikan diri untuk bermimpi walau mustahil di mata manusia kerana tiada pernah ia mustahil mengkabulkan doa hamba-Nya. 





I Januari sudah berlalu...
Sejauh mana kita komited dengan azam? 
Semoga hari ini dan esok lebih baik...



Ayat di atas : 
Kredit untuk Umi Maudah sayang. :)


------------------------------------------------------------------------
BACK TO SCHOOL

Tuesday 27 December 2011

 Hasilkan doodle muslimah dengan Dress Up Game

Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ini ada satu game yang menarik untuk kamu-kamu yang nak hasilkan doodle sendiri, tapi  tak nak melukis sendiri. Cuma dress up doodle muslimah ni comel-comel, dan kemudian save! :)

Jom try!


Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player




Lepas dah dress up comel-comel doodle tu, boleh la save... :)
Cara senang nak save doodle yang comel tu, tekan "PrntScr" dan pergi mana-mana tempat yang boleh save image, untuk save doodle korang tu. Contohnya : Microsoft Powerpoint / Paint. 
Lepas tu, boleh la crop/edit bagi cantik....

Hasiln, boleh la letak dekat blog/website/facebook/mana-mana page yang korang suka.
Selamat mencuba... Cuba jangan tak cuba... ^_^

HAHA. Try2 juga ni... :-D

Credit to CuteHijabi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah." (Riwayat Muslim)

Saturday 24 December 2011

 Menjadi yang Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




........................................................................................................

Dari Abu Hurairah r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w :

"Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya
tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



*Sumber : Majalah Solusi Isu No. 6* 

Wednesday 21 December 2011

 Freebies: Kartun Muslimah Ayu

Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Untuk si gadis-gadis comel yang nak doodle muslimah. ^_^
Maaf sangat-sangat tak dapat nak penuhi permintaan seorang demi seorang. 
Jadi, kepada sesiapa sahaja yang nak doodle, tafadhol masykura (dipersilakan dengan hormatnya) :-)
Harap doodle / kartun ni korang suka...








Yang kat bawah ni pula, doodle untuk muslimah yang berkaca mata. :)



Blue + Spect : Request by Haruno Sakura

Purple : Request by Rashidah Idris






.........................................................................................................



Oh, ya! Kalau nak request / tukar warna untuk doodle di atas ni, jangan malu, jangan segan-segan. Bagitau la...nanti saya editkan semula...insyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dari Usamah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,


“Barangsiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, lalu dia ucapkan ‘Jazakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)’ kepada orang yang memberi kebaikan. Maka sungguh dia benar-benar telah berterima kasih kepadanya.”


(HR. At Tirmidzi dan yang selainnya, Shahihut Targhib wat Tarhib [955])

Monday 19 December 2011

 Doa Menaiki Kenderaan

Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ingat lagi masa saya kecik-kecik dulu. Hampir semua budak tadika + budak sekolah rendah hafal doa-doa harian. Tanya je doa apa pun, sebelum makan, selepas makan, masuk tandas, keluar tandas, naik basikal, turun basikal, semua dia hafal.

Tapi 
bila dah semakin dewasa ni, berapa kerat sangat la yang masih ingat doa-doa tu...


Siapa kat sini yang masih baca doa apabila naik kenderaan? 
Kalau ada, Alhamdulillah.... :)

hee...percubaan untuk melukis kereta viva hijau~ :)


Nah, untuk insan-insan yang rasa macam ingat-ingat lupa je doa ni, @ masih belum hafal, @ nak perbetul bacaan...




Kenapa kena berdoa?


Sebab....



Doa kan senjata orang beriman. ^_^

...................................................................................

Berdoalah...
InsyaAllah, selamat perjalanan pergi dan pulang...

Thursday 24 November 2011

 Freebies : Doodle untuk Izzati Rosli

Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, satu lagi doodle berjaya disiapkan.

Khas untuk cik Izzati yang suka dengan kamera (rasanya la kan...hee).
Harap awak suka. =)



______________________________________________________


 Memang satu kepuasan apabila melukis sendiri ni kan. 

 Sebab lukisan macam tu cuma ada satu je dalam dunia ni...^_^ 

Sumber inspirasi. HEHE

Semoga sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah...

Wednesday 23 November 2011

 Freebies : Kartun untuk Nur Islah

Bismillahirrahmanirrahim... 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Special for Nur Islah.

Lukis ikut suka sendiri je.
Maaf kalau tak OK.
^_^

Peringatan :
Kartun muslimah di atas adalah untuk cik Fatin Nur Islah je. 
(dan pelukisnya a.k.a tuan blog ini -.-") 
Orang lain tak boleh ambil. 
Sekian. Terima kasih.