Tag from kak ANN. Tag ni sepatutnya dijawab pada pertengahan Mac, tapi sebab tak sempat...so, terpaksa la dibawa ke bulan April... :)
TAGGED
1.anda seorang yang bagaimana? kelakar? pendiam? ceria? atau banyak cakap?
Kelakar, ceria & banyak cakap dengan orang yang rapat & serasi together gether... Jadi pendiam terus bila got problem, tak sekepala, (Weyh, kau...share kepala tu untuk twins je ok? ), tak rapat and bila kawan2 sekeliling rancak bersembang & membahasakan diri mereka "aku"...saya terus blur, sebab saya tak reti & tak biasa guna "aku" bila bercakap dengan orang luar...huhu! Sebab tu sekarang ni saya suka membahasakan diri "aku" dalam message/blog/facebook/ym...(supaya nanti saya akan pandai cakap "aku"...~~ngee~~)
2.adakah anda memiliki spesial gf/bf?
Yang tak special pun takde ok? :)
3.apa ucapan anda kepada semua follower perempuan blog anda?
Buat ucapan ala-ala artis boleh tak? Err...Terima kasih kepada followers yang sudi memfollow saya... (buat-buat sedih sket, ok?) Saya sayang anda... :D Tanpa anda siapalah saya. Sekian terima kasih sekali lagi...hik3 :D
4.ucapan kepada follower lelaki?
Dengar sini orang2 kampung...! Saya selaku ketua kampung, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa berssama & memeriahkan kampung ini. Jasa anda amat dihargai. ~~ngee~~ :D
5.apakah perkara yang boleh buat anda menitiskan air mata?
Bila sedih of course, bila emosi terganggu...bila terasa rindu (cis, poyo kau iznie...takkan kau nangis?)
6.bila anda keluar bersiar-siar bagaimana penampilan anda? adakah anda akan bergaya sepenuhnya?
Depends la... tapi selalunya T-shirt long sleeve with tudung bawal (tudung cap ikan ni jer saya layan...terubuk, kembung, siakap, sardin or senohong punya tudung saya tak layan ok?) ~~ngee~~
7.anda teringin mempunyai wajah seperti siapa?
Muka macam mak + ayah =....hehehe :D (hek eleh, memang muka kau & adik beradik kau kan iznie...)
8.apakah mimpi paling menyeronokan dalam hidup anda?
Mimpi jumpa Ultraman Tiga.. Best woo! Dia jadi hero nak selamatkan saya dari raksasa...haha (Betul sangat la mimpi tu...adeyh!)
9.mimpi paling menakutkan?
Mimpi apa ek? Hah! Saya mimpi ada orang nak bunuh saya...tapi saya tak mati...tiba2 saya dapat kuasa dari abang Ultraman Tiga...sebab masa tu dia dah mati sebab nak selamatkan saya...(Okay, tipu!) Tak nak la bagitau mimpi ngeri tu...sadis wo! Hhuhu (Nanti saya nangis lagi)
10.apakah perkara yang anda kesal di zaman sekolah jika anda ke zaman lampau anda ingn mengubahnya?
Saya nak bagi dapat straight A+'s dalam SPM. Saya nak jadi sahabat yang baik untuk semua kawan saya.
Lepas tu, saya nak jadi budak nakal, yang selalu kacau orang...yang selalu buat vandalisme...lepas tu mesti glamour sebab setiap minggu cikgu sebut nama time assembly...haha (Cis, taknak2 glamour free...)
11.apakah perkara paling mengembirakan hati anda sepanjang 2010 ni?
Apa ek? Tahun ni saya selalu sedih je...(betul weyh, tak tipu...!) Erm...Saya gembira sebab saya masih tinggal dengan family saya...(Saya tak pernah tinggal jauh2 ok..anak manja?) :P
12.antara form1 sampai form 5 semasa berapa di form berapa anda begitu gembira sekali?
Form 5... Saya dan geng saya selalu bawa bekal sama2 untuk rehat & kemudian share makanan yang kami bawak tu...best tau! Tahun ni juga budak laki & perempuan dah semakin rapat & boleh jadi kawan. Kemudian tahun ni juga la berlaku banyak konflik antara kami rakan sekelas, sehingga akhirnya kami memilih full 24 hour a.k.a satu hari untuk discuss mengenai hal tu & terpaksa bermalam di sekolah. (Well, biasalah..dugaan menjelang SPM & tahun akhir nak pisah) Tapi best juga tau, sempat lagi kami puasa sunat hari khamis, (Iznie, ka puasa ke?! :D) buat barbeku & qiamullail malam tu & insyaAllah hubungan dah semakin baik. Hehehe :D Erm...banyak sangat la kenangan yang tak mampu lupa masa form 5 ni. (Cis, poyo kau iznie!)
13.apa makanan kesukaan anda?
Banyak...semua yang sedap & halal saya makan je... (Tak demand ok..bagus kan saya? Senang je nak bela saya ni...hehe)
14.apakah nama anda dalam I.C anda?
Putri Sakura Iznie Min Joo Camelia Ultraman Cosmos... (Okay tipu! hahaha :)) ) Nama saya Nur Izni binti Mohd Sabri. Nak tau kenapa mak ayah saya letak nama ni, kena tanya sendiri dengan diorang ok?
15.anda mempunyai berapa adik beradik?
6 orang... (Kalau 7 orang, boleh la seorang dapat sebiji Dragon Ball...)
16.dalam adik beradik anda? anda rapat dengan siapa?
My sis, yana...sampai jiran2, sedara mara, kawan2 kami pun tau kitorang adik beradik yang sangat2 rapat...
17.apakah pandangan anda tentang orang yang tag anda ni tentang blognya?
Dia sangat peramah dan baik...Comel tau! :) 2nd April ni dia sambut birthday dia...Jom terjah blog dia...ANNFRENDLY.BLOGSPOT.COM
18.siapakah orang yang anda teringin berjumpa tapi tak dapat jumpa lagi?
Ala...saya nak jumpa Ultraman Cosmos la...sebab Ultraman Tiga dah mati masa selamatkan saya, so... Cosmos pun jadi la...hehehe
19.anda pernah mandi sungai?
Pernah ler..saya kan budak kampung! Best woo mandi sungai...tapi sejak dah besar, jarang mandi sungai.. :(
20.apa ucapan anda selepas di tag menjawab 20 soalan?
Saya, Nur Izni Mohd Sabri berasa sangat bertuah dan gembira kerana berjaya menjawab tag ini dengan jayanya dan keskemaan yang terkawal. Terima kasih..tit..tit...tit...
Orang yang saya nak tag
- Rashidah
- Amira
- Sis Zana
9 comments:
tersenyum ann baca tag iznie..
iznie memang seorang yg ceria :)
Iznie.. terima kasih ya..
sayang iznie sgt :)
hahahah mimpi otomen mmg xley bla la dikkk. :P
Yayy!! Kena tag, teruja nih..ngeh2 :D
thanks adik iznie!!
P/s: eceh adik ker? aku rasa adik kot..hehe
annfrendly ::. haha...mne ada iznie buat lawakk...tue mmg cerita betul iznie dowh...heehe
ceria? boleh la..ary2 layan astro ceria..hehe
sayang kak ann juga... :D
paani ::. hehe..nak wat cmne? asal tido jer, abang botak a.k.a otromen tue datang...asal dye dtg jer iznie tido...huhu
mmg sadis kan?? haha
miss zana ::. okayh2..iznie pun ske tag2 org2 gak..hehe
t jawab oke?
yer..sy adik....sbb sy baru berusia 5 tahun....hehehe
eh eh sy kena tag..miahaha
sy akan jwb serta bermerta gitu.
hehe
excited ni
btw kim salam ke otomen..
hehe =)
[airsuam]
yer..awk kena tag jugak cyggg...haha
oke2 t iznie gi wat spotcheck kat blog awk...hehe
opps, taa bley kirim salam...sebab t jatuh hukum makruh abg otromen jawab salam dari pompuan....haha
tag ni mcm knal jer? hehehe ni tag aku kasi kt akak ann suruh pasing2 kt semualah thnkz ko sudi jwb! hehehe ko mmg minat otomen ker? ko minat hero dia? hahaha ape2 pun have a nice day!!! kim slm kt adik ko yer... haahhahahha gatal btol aku ni... sory gurau2 jer... :)
waaa rajennye iznie jawab tag.. hahaha keep on ur good work ok.. hehehe
nick irfan : aah..mg ko ler yg kasi kat kak ann... :D
thnks2...aku mmg baik utk jawab2 tag orang ney...hehe
takde la..otromen tu yg minat aku...ngee~~~~
kim salam kat adek jer? kakak dye??
hehehe
hve a nice day too bro....
nichKhun : hee...takde la rajin sgt...nie tag yg bertangguh pnye lame... :P
Post a Comment