Monday, 8 February 2010

Sahabat Sejati Gua?

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Wei, korang ada kawan baik tak? Hee..soalan sengal! :) Mesti la ada kan.
Disebabkan hari ni gua tak nak layan gua punya sedih + perangai gua yg tiap hari nanges ni, so gua nak share tips2 untuk mendapat sahabat sejati, sebab gua sayang giler dengan member2 gua. Lagipun tak rock la beb, kalau gua nanges...kan3? :D



Tips 1
Boleh Berkongsi Apa Sahaja,
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau mengambil kesempatan atas dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenalpasti individu ini?

- Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
- Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu.
- Karier impiannya ialah seorang ahli ‘psikologi’


Tips 2
Memahami,
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu ini wajarkamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

- Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
- Dia seorang teman yang komited.
- Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
- Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diru mu sahaja!



geng sampai mati!
last pic before fighting with paper... :)
Pic nie nampak lusuh la plak...huhu

(p/s : dulu masa form 1,
aku selalu confuse dgn warne baju pengawas kite ney,
macam baju pengawas library masa aku sekolah rendah...)


Tips 3
Profesional,
Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

- Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang. Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
- Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
- Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.


Tips 4
Jujur,
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

- Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
- Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!



Kita geng dari form 1, 2, 3, 4, 5, sampai ???
Always stick together, love!
Yey, baju kita same colour...! :D


Tips 5
Happy Go Lucky,
Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

- Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan.
- Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan. Dia memang menghiburkan. Teman-teman perempuan dan lelaki menyenanginya!

.......

Hindari teman anda jika:

Teman yang Menjatuhkan kamu

- Gemar mencari kesalahan orang lain Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja Dia tidak memiliki ramai kawan! Teman yang memiliki pengaruh negatif.
- Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
- Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa is adalah SALAH! Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!

Teman yang mempergunakan kamu

- Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu.
- Sekiranya die bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya.
- Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.

Teman yang tikam dari belakang

- Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama
- Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu
- Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.

Teman yang suka meniru kamu!

- Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu.
- Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
- Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya.
- Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.



........

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari..."( Saidina Ali)


Gua itu adalah manusia bernama,

7 comments:

F U N F A B U L O S I T Y said...

good infooo-nak print nt..huhu ;D

Iznie said...

haha...
sengal jer ko...
print la...
tapi kena bayar kat iznie dulu...
setiap page, rm10....hehe

Scya Lollita said...

ahah .
bestfren nyawa ku (;

NICK IRFAN said...

ghasenyer teman baik saya awk kot/ aiseh!!! heheheehehehehee ape2 pun thnkz info pasal teman sejaty ni...

Iznie said...

afiera
hee...
wow....nyawa??
bestfren oxygen ku...
hohoho


nick irfan
wooo...
ayat kontroversi tu....
kang masuk paper lak...haha
tak bley blah punya..
owh...welcome2!!! hee

♥ p a a n i ♥ said...

sahabat sejati ku slalu kongsi megi dgnku. huhuhu

Iznie said...

hehe....yey...dpt mkn maggi!!! heheeehe

Post a Comment